ICQS Perlis, Kedah dibuka

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah, dibuka hanya untuk laluan kenderaan perdagangan komersial serta kargo.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan untuk membuka kompleks di dua lokasi berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

-Advertisement-

“Agensi yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya.

“Mesyuarat khas juga bersetuju, rakyat Malaysia yang berada di Singapura dan berhasrat untuk pulang ke Malaysia, mereka tidak perlu lagi memohon permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-BH

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •