India haramkan 59 aplikasi termasuk tiktok

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW DELHI: India mengharamkan penggunaan aplikasi video TikTok dan puluhan lagi aplikasi mudah alih lain yang dibangunkan syarikat China atas faktor keselamatan dan privasi.

-Advertisement-

Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, 59 aplikasi dilarang digunakan ekoran ‘kebimbangan mengenai aspek berkaitan keselamatan data dan privasi’ rakyat India yang menggunakannya.

Antara aplikasi itu termasuk WeChat, Shareit, Cam Scanner, Kwai, UC Browser, Baidu map, Virus Cleaner dan Newsdog.

-Advertisement-

Menurut kementerian itu lagi keputusan berkenaan diambil selepas menerima aduan mengenai penyalahgunaan beberapa aplikasi mudah alih di platform Android dan iOS.

Langkah itu juga susulan ketegangan di sempadan India-China yang masih berterusan.

– Bernama

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares