Pengerusi SPR Azhar Harun, Speaker Dewan Rakyat Baharu?

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA , 30 Jun 2020 (The Capital Post) – Menurut Sumber The Capital Post, Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencalonkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun sebagai speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Mohamad Ariff Mohd Yusof, kata sumber.

-Advertisement-

The Capital Post juga difahamkan bahawa Azhar Azizah Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun telah meletakan jawatan Pengerusi SPR semalam bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

-Advertisement-

Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina binti Othman juga diramalkan akan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagi mengantikan Nga Kor Ming.

Sidang Parlimen Penggal kedua akan bermula pada 13 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2020 ini dijangka akan bertambah panas berikutan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhiyiddin Yassin akan dibentangkan oleh , bekas Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir. – The Capital Post

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares