Penyalahgunaan Jata Persekutuan satu kesalahan: JPM

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Penyalahgunaan dan pengubahsuaian Jata Persekutuan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di bawah Akta 414 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

-Advertisement-

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataannya berkata, kerajaan memandang serius pihak yang melanggar larangan tersebut.

“Seksyen 3 (1) Akta 414 menyatakan walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis menteri,” katanya.

-Advertisement-

Sehubungan itu, menurut kenyataan itu, pihak yang melanggar larangan penggunaan Jata Persekutuan boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah akta tersebut.

Sebelum ini, sebuah buku yang menggunakan visual mirip Jata Negara tular di media sosial selepas memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

-SH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share