Terima kasih Nabila – Sharnaaz Ahmad

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad berterima kasih kepada pasangannya, Noor Nabila Mohd Noor kerana tidak pernah menafikan hak sebagai bapa kepada zuriat mereka, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun, bulan depan.

-Advertisement-

Pelakon filem Wangi itu berkata, tiada apa lagi yang dimahu kerana dia sudah dapat apa yang diperjuangkan selama ini, iaitu kebenaran berjumpa Jebat tanpa sekatan.

“Apa yang saya perjuangkan selama ini, semuanya untuk Jebat. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan, apa lagi? Hubungan perkahwinan sudah jatuh nombor dua. Apa yang penting, Nabila mengiktiraf saya sebagai bapa kepada Jebat.

“Saya perlu menghormati Nabila. Jika tidak kerana dia, belum tentu saya dapat Jebat.

“Nabila seorang ibu yang bagus. Apa yang saya nampak, Jebat dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Itu tidak boleh saya nafikan… Terima kasih Nabila,” katanya.

Sharnaaz, 34, berkata, dia menemui Jebat tiga kali sehari iaitu pada sebelah pagi, sebaik pulang dari gimnasium, petang dan malam.

Walaupun kepenatan, Sharnaaz tidak mengeluh asalkan dapat berjumpa buah hatinya setiap hari.

Sharnaaz menyifatkan Nabila sebagai ibu yang bagus dan membesarkan anak mereka dengan kasih sayang. Foto IG Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz menyifatkan Nabila sebagai ibu yang bagus dan membesarkan anak mereka dengan kasih sayang. Foto IG Sharnaaz Ahmad

Sejak hubungan rumah tangga dengan kakak kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, bermasalah, Sharnaaz tidak pernah gagal menjenguk anaknya.

-Advertisement-

“Jika saya sibuk dengan penggambaran dan terpaksa keluar awal pagi ke set, saya akan hubungi Jebat melalui panggilan video.

“Alhamdulillah, Nabila tidak pernah menghalang saya berjumpa. Malah, jika saya hendak membawa Jebat keluar sekalipun, dia izinkan. Tapi saya perlu maklumkan terlebih dulu.

“Pada peringkat awal, terasa pelik juga kenapa saya terpaksa melalui proses begini sedangkan Jebat adalah anak saya. Tapi saya sudah biasa.

“Buat masa sekarang, saya perlu bersyukur kerana saya dapat apa yang saya perlu mahu. Bagi saya, rahmat cukup besar dapat berjumpa anak tiga kali sehari. Dulu memang ada sedikit masalah, sekarang semuanya sudah baik-baik saja.

“Saya dan Nabila cuba menerapkan konsep keibubapaan yang baik kerana kami mahu Jebat rasa hidupnya lengkap dan tidak kehilangan bapa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai foto Aidilfitri mereka sekeluarga yang tular sehingga ramai mendoakan hubungan kembali bertaut, Sharnaaz mengaku tiada jawapan.

Sebaliknya, dia menyerahkan keputusan itu kepada Mahkamah Syariah yang akan diketahui, tidak lama lagi.

Bagaimanapun kata Sharnaaz, dia dan Nabila, 35, tetap berkawan.

Malah, Sharnaaz berkata, dia sudah ‘move on’ dan menerima apa saja keputusan kelak.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share