Agrobank longgarkan syarat pinjaman perumahan generasi kedua FELDA – PM

Estimate Reading Time: 2 minutes

TAPAH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemohon pinjaman perumahan menerusi skim Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) akan menikmati beberapa kelonggaran syarat daripada Agrobank termasuk kadar faedah lebih rendah.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, mereka juga akan mendapat kadar pembiayaan lebih tinggi iaitu 110 peratus daripada harga rumah dengan nilai maksimum RM300,000.

Satu perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai dengan pihak Agrobank, hari ini untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada warga peneroka bagi memiliki rumah sendiri.

“Saya sedar antara isu yang agak penting kepada warga FELDA ialah pembiayaan bagi generasi baharu FELDA untuk memiliki rumah menerusi skim Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF).

“Pihak Agrobank bersetuju memberikan kelonggaran syarat pinjaman di samping menawarkan kadar faedah yang lebih rendah kepada pemohon yang layak. Kadar pembiayaan juga lebih tinggi iaitu 110 peratus dari harga rumah dengan nilai maksimum RM300,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 Peringkat Kebangsaan di Dewan Besar Tun Abdul Razak MRSM FELDA Trolak, di sini, hari ini.

-Advertisement-

Yang turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh serta Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 bertemakan ‘Peneroka Perintis, Berani dan Suka Cabaran.

Muhyiddin (dua kanan) memeriksa suhu badan ketika hadir pada Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 Peringkat Kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara FELDA Kampus Tun Abdul Razak, Trolak. - Foto NSTP / Sharul Hafiz Zam
Muhyiddin (dua kanan) memeriksa suhu badan ketika hadir pada Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 Peringkat Kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara FELDA Kampus Tun Abdul Razak, Trolak. – Foto NSTP / Sharul Hafiz Zam

Perdana Menteri juga hari ini melancarkan Lembah Herba yang menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Peneroka yang akan dilaksanakan di lima tanah rancangan di FELDA Wilayah Trolak membabitkan keluasan 9.7 hektar.

“Pasaran juga tersedia dengan adanya dua syarikat yang sudah dikenali pasti,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share