Facebook padam laman sesawang pro PAP

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Facebook memadamkan kandungan dan laman media sosial pro Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana melanggar dasar syarikat itu, selepas mengambil tindakan sama terhadap satu lagi laman seumpamanya kira-kira seminggu lalu.

-Advertisement-

Jurucakap Facebook yang mengesakan perkara itu berkata pihaknya memadamkan penerbitan laman ‘Fabrications About PAP’ dan memaklumkan bahawa ia antara usaha syarikat media sosial itu bagi menangani akaun bermasalah.

“Kami sudah mengambil tindakan ke atas akaun di Singapura kerana melanggar dasar kami. Ini berasaskan tingkah laku akaun media sosial berkenaan dan bukan berkaitan isi kandungan yang disiarkan di laman berkenaan,” katanya.

Hujung bulan lalu, versi awal laman ‘Fabrications About the PAP (FAP)’ yang mendapat lebih 250,000 tanda ‘likes’, dipadam oleh Facebook.

-Advertisement-

Laman terbabit, yang dimulakan oleh Jason Chua Chin Seng pada 2011, amat kenali kerana sering menghentam parti pembangkang dan mengagungkan dasar yang diperjuangkan PAP.

Menurut Jason, laman terbabit dibuka sebagai tindak balas terhadap laman sesawang anti kerajaan.

Pada 2017, laman berkenaan diberi amaran oleh polis kerana melanggar peraturan kempen ketika pilihan raya kecil (PRK) Bukit Batok.

Walaupun pemilik akaun versi kedua laman berkenaan masih belum diketahui, difahamkan laman terbabit bertujuan menggantikan versi awal yang dipadam oleh Facebook. – AGENSI

Share this Article
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares