Noor Hisham jangka kluster jemaah tabligh tamat 1-2 minggu lagi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan pihaknya dapat menamatkan pemantauan kluster terbesar Covid-19 melibatkan himpunan tabligh di masjid Sri Petaling dalam masa 1 atau 2 minggu lagi.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah membuat jangkaan itu susulan hanya 1 kes melibatkan kluster itu masih positif.

“Sebelum ini kita dikejutkan dengan kluster himpunan Sri Petaling, melibatkan lebih 16,000 orang yang berkumpul di situ. 1,500 daripada mereka dari luar negara dan kebanyakannya telah kembali ke negara, negeri dan kampung masing-masing.

“Tindakan bersepadu semua pihak telah berjaya mengesan jangkitan Covid-19 jemaah tabligh ini dan setakat ini 34 kematian dicatatkan.

“Kita harap dalam masa terdekat, seminggu dua akan tamat pemantauan melibatkan kluster himpunan Sri Petaling,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.

-Advertisement-

Noor Hisham berkata, kejayaan tersebut dicapai hasil kerjasama padu antara KKM dan agensi lain melaksanakan tindakan dan mengesan mereka (yang positif).

“Kerjasama daripada jemaah tabligh juga baik, mereka tampil ke hadapan. Kalau kita bekerjasama padu antara kerajaan dan orang ramai kita dapat bendung penularan Covid-19,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham terus mengingatkan orang ramai supaya tidak alpa dan terus memathui SOP sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) kerana penularan wabak itu belum berakhir.

“Perperangan kita belum berakhir. Kita jaga kita. Kita kena jaga keluarga kita, komuniti kita, negara kita. Kalau terus patuh kita akan dapat tamatkan penularan wabak ini,” katanya.

-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share