COVID-19: Beijing lapor sifar kes baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: Beijing hari ini melaporkan sifar kes baharu COVID-19 untuk kali pertama sejak wujud satu kluster jangkitan di ibu kota China pada Jun lalu yang mencetuskan kebimbangan berlakunya gelombang kedua penularan tempatan.

-Advertisement-

Sejumlah 335 orang dijangkiti sejak satu kluster jangkitan wujud di pasar borong Xinfadi di bandar ini, awal bulan lalu.

-Advertisement-

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Beijing, hari ini, hanya satu kes tidak bergejala dikesan pada hari sebelumnya di mana China tidak memasukkannya dalam pengiraan kes yang disahkan.

Pihak berkuasa China masih menyiasat punca penularan terbaru itu selepas virus terbabit dikesan pada papan pemotong ikan salmon import di pasar Xinfadi.

Kerajaan Beijing telah melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap lebih 11 juta orang sejak 11 Jun lalu, iaitu kira-kira separuh daripada jumlah penduduk di bandar ini, menurut pihak berkuasa pada sidang media, semalam. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share