Barcelona dilepaskan daripada tuduhan menipu babit Neymar

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Barcelona berkata mereka sudah dilepaskan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kerana dakwaan menipu ketika menandatangani Neymar pada 2013 daripada kelab Brazil, Santos.

-Advertisement-

Kes berkenaan dibawa ke CAS dengan Santos mendakwa Barcelona berhutang lebih 61 juta euro (RM294.41 juta) daripada perpindahan 2013.

-Advertisement-

“CAS sudah mengetepikan rayuan dibuat Santos kepada FIFA dengan kelab Brazil itu meminta bayaran sebanyak 61,295,000 euro sebagai ganti rugi daripada FC Barcelona dan penggantungan kerana perpindahan Neymar Jr.”

CAS juga mengarahkan Santos membayar kos mahkamah Barcelona dan membersihkan kelab Catalan itu daripada sebarang bayaran tidak sah.

“CAS menyatakan kontrak antara Santos dan pemain itu tamat secara persetujuan bersama dan FC Barcelona tidak terbabit dalam penipuan apabila ia menandatangani pra kontrak dengan Neymar Jr atau ketika menandatangani perjanjian perpindahan dengan Santos.” – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share