6 suspek kes culik, bunuh ahli perniagaan dituduh di mahkamah pagi ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Enam individu termasuk seorang ahli politik bergelar datuk tiba di Mahkamah Majistret di sini, pada jam 9.40 pagi ini, untuk menghadapi pertuduhan dipercayai culik dan bunuh ahli perniagaan bergelar datuk seri.

-Advertisement-

Kesemua suspek dibawa menaiki sebuah van berwarna putih dan dibawa keluar dengan diiringi polis serta tangan bergari.

Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang sudah reput ditemui dalam kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang Bestari, Rawang pada 27 Jun lalu selepas 18 hari diculik.

Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah berusia 55 tahun, diculik tiga lelaki ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

-Advertisement-

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pertuduhan terhadap enam lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Sejumlah 11 tangkapan dibuat bagi siasatan berhubung kes ini dan Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan pertuduhan dibuat terhadap enam suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan polis mendapati seorang daripada suspek itu membuat panggilan dan meminta wang tebusan RM154 juta daripada keluarga mangsa, namun tiada pembayaran dibuat.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share