Liverpool kekal di landasan cipta rekod selepas benam Brighton

Estimate Reading Time: 2 minutes

BRIGHTON, United Kingdom: Jurgen Klopp memuji keinginan Liverpool dengan tidak mengambil mudah selepas menang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dua gol Mohamed Salah meletakkan Reds di landasan tepat untuk mencipta rekod pungutan mata dengan kemenangan 3-1 ke atas Brighton, di sini, sebentar tadi.

-Advertisement-

Pasukan juara itu kini mengumpul 92 mata dengan tiga kemenangan daripada empat saingan terakhir yang boleh memecahkan rekod Manchester City dengan 100 mata dua musim lalu.

“Kami adalah juara dan kami boleh berlembut sedikit tetapi ia tidak – pemain melakukan apa saja,” kata Klopp.

“Kami kini ada 92 mata dan musim lalu kami mengumpul 97! Kami ada lima mata lebih daripada ini musim lalu – ia menakjubkan, saya tidak tahu bagaimana kami melakukannya.”

Pemain Brighton, Dale Stephens cuba mengasak pemain Liverpool Sadio Mane dalam aksi di Stadium American Express Community, di Brighton. - Foto AFP
Pemain Brighton, Dale Stephens cuba mengasak pemain Liverpool Sadio Mane dalam aksi di Stadium American Express Community, di Brighton. – Foto AFP

-Advertisement-

Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum (tengah) menanduk bola di udara dalam aksi perlawanan di Brighton. - Foto AFP
Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum (tengah) menanduk bola di udara dalam aksi perlawanan di Brighton. – Foto AFP
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (tengah) memberikan arahan kepada pemainnya. - Foto AFP
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (tengah) memberikan arahan kepada pemainnya. – Foto AFP

Skuad kendalian Klopp pantas mendominasi dengan dua gol pada lapan minit pertama untuk menamatkan lima perlawanan tanpa gol di tempat lawan selepas musim tergendala kerana COVID-19.

“Saya melihat dua pasukan bola sepak yang bagus malam ini, kedua-duanya cuba bermain baik,” kata Klopp.

“Mereka ada formasi yang bagus tetapi kami ada penyelesaian terhadapnya. Tekanan kami di bahagian atas menakjubkan.”

– AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share