Merajuk ibu tak balik, remaja terjun tingkat 11

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUKIT MERTAJAM: Merajuk dengan tindakan ibunya tidak pulang meraikan upacara akil baligh sempena usianya memasuki 15 tahun, seorang remaja bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 Pangsapuri Perai Indah, di sini, tengah hari tadi.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis menerima panggilan telefon jam 1.57 tengah hari memaklumkan penemuan mayat seorang remaja perempuan terjatuh di pangsapuri berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa adalah anak sulung daripada dua beradik dan masih bersekolah di tingkatan tiga.

“Temu bual yang dilakukan dengan keluarga mangsa mendapati dia seorang yang sangat sensitif tetapi tidak mempunyai sebarang masalah lain.

-Advertisement-

“Mangsa sepatutnya menyambut upacara akil baligh namun disebabkan ibunya yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang majlis itu terpaksa dibatalkan dan ia membuat mangsa sedih,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa tinggal bersama ibu saudaranya di tingkat 11 pangsapuri berkenaan memandangkan bapanya bekerja di sebuah hotel dekat sini.

“Ketika kejadian adik perempuan mangsa mangsa ternampak kakaknya terjun dari pintu utama rumah berkenaan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share