Siapa bergaduh depan masjid, polis minta tampil

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis meminta individu yang terbabit dalam pergaduhan di depan Masjid Khalid Al-Walid di Jalan Padang Tembak, Datuk Keramat di sini semalam, tampil membantu siasatan.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata sehingga kini, hanya satu pihak tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang tular menerusi penyebaran video di media sosial.

“Kejadian itu dipercayai berlaku pada 7.45 pagi, membabitkan insiden pergaduhan di antara dua penunggang motosikal yang hampir berlanggar sesama mereka di depan sebuah masjid.

-Advertisement-

“Polis bagaimanapun masih menyiasat punca dan sebab kejadian itu. Justeru, polis meminta mana-mana individu yang terbabit segera tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rajab Ahad juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Semalam, tular sebuah klip video berdurasi satu minit 35 saat menerusi media sosial, memaparkan pergaduhan di antara dua penunggang motosikal sehingga menyebabkan anak serta isteri seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dari motosikal yang dinaiki.

-BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share