UMNO Sabah perlu amalkan sikap keterbukaan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KOTA KINABALU: UMNO Sabah harus mempraktikkan sikap keterbukaan menerima semua bekas pemimpin atau ahlinya untuk menyertai semula parti itu sebagai ahli biasa bagi mengelak mewujudkan persaingan yang tidak perlu sesama sendiri.

-Advertisement-

Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung, semua pihak perlu melihat dalam konteks secara menyeluruh daripada sekadar memikirkan mengenai wujud persaingan atau ancaman untuk menjadi calon bagi mengekalkan jawatan di UMNO bahagian.

Justeru, semua pihak perlu berpandangan jauh mengenai permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk kembali menyertai parti itu

“Mereka seharusnya melihat sumbangan dan nilai tambah yang mampu disumbang beliau (Dr Salleh) kepada UMNO Sabah. Dia hanya memohon keahlian biasa sahaja dan bukannya sebarang jawatan atau calon Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

“Tambahan pula, selama tempoh ini beliau tidak pernah meninggalkan pengikutnya di samping meneruskan program dengan komuniti Kota Belud.

“Perlu diingat parti UMNO adalah milik kolektif dan bukannya beberapa individu (sesetengah pihak) yang pandai berbicara,” katanya ketika dihubungi di sini.

Lee berkata, sebarang pertikaian akan melewatkan lagi hasrat kumpulan dalam UMNO yang ingin melihat mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu mereka kembali ke parti itu.

-Advertisement-

“Ia boleh menjadi isyarat kepada bekas ahli UMNO untuk melupakan sahaja hasrat mereka untuk pulang ke pangkuan parti lama dan mencari parti lain, selain UMNO.

“Saya percaya dua ADUN Sugut, Datuk James Ratib mempunyai potensi besar kembali ke UMNO tetapi sekiranya keadaan begini berlarutan, tidak mustahil beliau mengambil pendekatan untuk mencari parti lain sebagai platform politiknya.

“Tidak mustahil ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury juga akan turut menyertai UMNO sekiranya keadaan mengizinkan,” katanya.

Beliau berkata, UMNO harus memikirkan mengapa sejak dua PRU yang lalu, mereka gagal menarik minat generasi baharu khususnya golongan profesional daripada menyertai parti itu.

“Bukan tiada yang berminat tetapi apabila melihat sikap tertutup itu, mendorong mereka memilih parti lain seperti Pakatan Harapan (PH).

“Mengambil contoh Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada PRU14 yang lalu, majoriti calon mereka bukannya orang muda sebaliknya pemimpin veteran yang asal daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang enggan memberi ruang kepada mereka,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares