Menteri Ekonomi Bolivia positif COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

LA PAZ: Menteri Ekonomi Bolivia, Oscar Ortiz pada Ahad mengesahkan beliau positif COVID-19, sekali gus menjadikan anggota Kabinet keempat dijangkiti virus berkenaan termasuk Presiden Interim negara itu yang kini dikuarantin.

-Advertisement-

Selain Presiden Interim, Jeanine Anez dan Ortiz, turut positif COVID-19 adalah Menteri Kesihatan dan Perlombongan dan Ketua Staff Anez.

Ortiz yang diumumkan sebagai Menteri Ekonomi baharu pada Selasa mengeluarkan klip video yang menjelaskan bahawa beliau dimasukkan ke wad bagi membolehkan kesihatannya dipantau.

-Advertisement-

Anez dikuarantin di rumah selepas beliau mengumumkan positif COVID-19 pada Khamis lalu.

Selain itu, beberapa individu penting di negara itu turut dijangkiti virus berkenaan termasuk Panglima Angkatan Tentera dan Presiden Bank Pusat.

Baru-baru ini Menteri Kehakiman melaporkan beliau dijangkiti COVID-19 ‘beberapa ketika yang lalu’.

Bolivia mempunyai 11 juta penduduk dengan 47,200 kes positif COVID-19 dilaporkan dan 1,754 kematian. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share