8 motosikal musnah, 2 rosak bengkel terbakarv

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUNGAI PETANI: Lapan buah motosikal musnah manakala dua rosak selepas sebuah bengkel motosikal di Jalan Kuala Ketil berhampiran Stesen Minyak Caltex, di sini terbakar tengah malam tadi.

-Advertisement-

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah malam.

Katanya, seramai 11 anggota operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah bengkel motosikal kelas C dengan anggaran keseluruhan bengkel berkeluasan 74.322 meter persegi.

-Advertisement-

“Kejadian menyebabkan 10 buah motosikal pelbagai jenis yang berada di luar bengkel turut terbakar iaitu lapan daripadanya terbakar hampir 80 peratus dan dua lagi terbakar 10 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, kebakaran turut mengakibatkan struktur bangunan bengkel terbabit terbakar kira-kira dua peratus.

Beliau berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sementara kebakaran dapat dikawal jam 12.33 tengah malam.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya tujuh minit selepas kebakaran dapat dikawal, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share