JPV bedah siasat 3 kucing dibunuh

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tiga kucing yang dibunuh dengan dimasukkan ke dalam mesin basuh di sebuah dobi di Kepong, dekat sini, sudah dihantar ke Makmal Veterinar Salak Tinggi untuk proses bedah siasat.

-Advertisement-

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes itu akan disiasat mengikut Subseksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), iaitu dengan kejamnya menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya.

“Pegawai penguat kuasa JPV Selangor menahan suspek lelaki kes itu jam 12.15 tengah malam Ahad lalu.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Selayang, untuk proses reman yang dikenakan selama empat hari sehingga lusa.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

-Advertisement-

Semalam, media melaporkan suspek kini ditahan dalam lokap polis selepas Mahkamah Majistret Selayang membenarkan permohonan DVS untuk menahan reman suspek bagi membantu siasatan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kelmarin, seorang wanita mendedahkan dalam media sosial mengenai tindakan kejam individu yang membunuh tiga kucing dengan cara dilemaskan dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi.

Lelaki terbabit yang dikatakan kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan selepas ditemui penduduk di Aman Puri, Kepong.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share