Satu lagi kes positif COVID-19 di EPL

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Seorang disahkan positif dijangkiti coronavirus daripada 2,071 ujian terakhir dilakukan ke atas pemain dan kakitangan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang seminggu lalu.

-Advertisement-

Individu berkenaan yang tidak didedahkan identitinya, kini menjalani proses pengasingan sendiri selama seminggu.

Keputusan positif itu adalah menerusi ujian pusingan ke-13 yang dilaksanakan pengurusan EPL bermula 6 hingga 12 Julai lalu.

-Advertisement-

Tiada sebarang keputusan positif dicatatkan minggu lalu. Sehingga kini sebanyak 20 kes direkodkan pandemik COVID-19 menerusi ujian yang dilakukan EPL.

Perlawanan EPL kembali disambung semula pada 17 Jun lalu, selepas ditangguhkan selama 100 hari akibat penularan pandemik COVI-19.

– AGENSI

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share