COVID-19: Sepang daerah tunggal zon kuning di Selangor

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Sepang menjadi daerah tunggal zon kuning wabak COVID-19 di Selangor dengan 11 kes aktif membabitkan dua mukim iaitu Dengkil dan Labu yang masing-masing mencatat satu dan 10 kes.

-Advertisement-

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di Facebook, secara keseluruhan daerah berkenaan merekodkan 77 kes jangkitan COVID-19.

Sementara itu, Petaling memasuki zon hijau kelmarin apabila tiada lagi kes aktif direkodkan di situ sehingga Isnin.

-Advertisement-

Sehingga kini, lapan daerah di negeri ini merekodkan sifar kes aktif iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Kuala Selangor.

Hanya satu kes direkodkan semalam membabitkan kes luar negara dan setakat ini Selangor merekodkan 2,093 kes, 1,886 kes sembuh, 11 kes aktif serta 24 kematian.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares