Kerajaan pertimbang wajibkan pakai pelitup separuh muka – Muhyiddin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat-tempat awam susulan ancaman COVID-19 masih belum berakhir, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa menasihatkan dan mengingatkan antara satu sama lain (memakai pelitup separuh muka).

“Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup (separuh) muka ketika keluar dari rumah, jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP.

Perutusan itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan iaitu saluran Bernama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan Astro Awani. 

– BERNAMA

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares