COVID-19: Jumlah jangkitan di seluruh dunia cecah 14.6 juta kes

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Jumlah kes jangkitan virus COVID-19 yang mula dikesan hujung tahun lalu di seluruh dunia kini mencecah 14.6 juta kes.

-Advertisement-

Data terbaharu Johns Hopkins University memaklumkan, terdapat pertambahan lebih 220,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menurut agensi berita Xinhua.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan 3.8 juta kes positif, diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.09 juta kes dan India pula mencatatkan 1.11 juta kes.
Kes jangkitan COVID-19 di Rusia pula merekodkan 776,000 kes manakala Peru, Chile, Afrika Selatan dan Mexico pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

10 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 kes iaitu United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman dan Bangladesh.

Empat lagi negara yang mencatatkan angka jangkitan positif melebihi 100,000 kes ialah Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

-Advertisement-

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 85,000 kes.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat kepada lebih 608,000 kes.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 140,000 kes manakala Brazil pula lebih 80,000 kes dan

United Kingdom lebih 45,000 kes, Mexico (39,000 kes), Itali (35,000 kes), Perancis (30,000 kes), Sepanyol (28,000 kes) dan India pula merekodkan 27,000 kes.

– AGENSI

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share