Malaysia hantar pulang 5,951 pendatang tanpa izin sepanjang PKP

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 5,951 tahanan di Depot Tahanan Imigresen dihantar pulang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula 18 Mac sehingga 1 Julai.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu seramai 4,110 adalah rakyat Indonesia; Thailand (637); Myanmar (391); Pakistan (380); Bangladesh (279); China (73); India (26); Sri Lanka (11) dan lain-lain 44 orang.

“Dari 1 Jan hingga 2 Julai 2020, Jabatan Imigresen telah melaksanakan 4,301 operasi yang melibatkan pemeriksaan 68,033 orang warganegara asing. Hasilnya, seramai 17,473 pendatang tanpa izin dan 250 orang majikan, telah diambil tindakan undang-undang.

“Daripada jumlah itu, warganegara Indonesia mencatat jumlah tangkapan yang tertinggi iaitu 6,514 dan diikuti Bangladesh seramai 2,964 orang dan bakinya adalah Filipina, Myanmar, Thailand dan lain-lain,” menurut KDN dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen, bagi menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru).

Selain itu, KDN memaklumkan sebanyak 59,946 operasi dijalankan Jabatan Imigresen dengan tangkapan seramai 191,632 pendatang tanpa izin dan 5,484 orang majikan pada tahun 2016 hingga 2019.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share