Nathan Aké dijangka sertai City

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Manchester City semakin hampir untuk mengikat pemain pertahanan Bournemouth, Nathan Aké.

-Advertisement-

Pemain ini menjadi pilihan untuk dibawa ke Etihad dengan nilai 35 juta pound (RM189.20 juta) dalam usaha Pep Guardiola mengukuhkan benteng pasukan susulan kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Aké sebelum ini dikaitkan dengan Manchester United dan Chelsea, bekas kelabnya sebelum berpindah ke Bournemouth pada nilai 20 juta pound (RM108.11 juta) pada 2017 selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

-Advertisement-

Meskipun Bournemouth dilihat bergelut pada musim ini, pemain Belanda berusia 25 tahun itu tetap berjaya mengekalkan reputasinya.

Aké masih mempunyai kontrak sehingga 2022, namun Bournemouth menyedari beliau kemungkinan besar akan meninggalkan kelab berkenaan sebaik saingan musim ini berakhir.

Dengan pembelian pemain itu, adalah dijangkakan kedudukan John Stones di posisi pertahanan tengah terjejas. Namun pengendali Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan pemain berkenaan yang dikenalinya ketika menjadi penolong Guardiola di City.

– AGENSI

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share