Banjir kilat: 22 penduduk dipindahkan ke PPS

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANDAR BAHARU: Seramai 22 penduduk dari enam keluarga di dua kampung di Bagan Samak di sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir kilat melanda kawasan berkenaan, malam tadi.

-Advertisement-

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Left (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu mula dibuka pada jam 10.30 malam tadi.

“Hujan lebat lebih dua jam sejak jam 6 petang semalam, menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Tepus dan air bukit ke dua kampung iaitu Kampung Sungai Tepus dan Kampung Pasir Debu.

“Berikutan itu, seramai 22 mangsa termasuk lima kanak-kanak terpaksa dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air setinggi 0.5 meter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-Advertisement-

Abdul Rahim berkata, paras air didapati semakin surut, bagaimanapun, pemindahan mangsa masih dijalankan bagi memastikan kesemua mangsa banjir berada dalam keadaan selamat.

Katanya, pihaknya akan terus memantau keadaan banjir di kawasan berkenaan berikutan cuaca masih dalam keadaan mendung.

Beliau berkata, proses pemindahan mangsa turut dibantu agensi lain seperti polis, Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

-BH

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •