Brenndon Keith Soh dilantik Peguam Besar Sabah baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Pengamal undang-undang Brenndon Keith Soh hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Peguam Besar Negeri Sabah yang baharu, berkuatkuasa 11 Julai 2020 hingga 10 Julai 2022.

Brenndon, 43, yang juga bekas Presiden Pertubuhan Undang-Undang Sabah, menggantikan Datuk Zaleha Rose Pandin yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman,

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pelantikan Brenndon telah mendapat perakuan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

-Advertisement-

-Advertisement-

“Beliau merupakan anak tempatan Sabah dan merupakan tokoh dalam bidang undang-undang serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang perundangaan.

“Saya yakin dengan pelantikan ini beliau boleh membantu memantapkan dan memperkukuhkan lagi kedaulatan undang-undang di peringkat Sabah. Saya yakin pelantikan beliau juga dapat membantu memperbaharui beberapa undang-undang negeri yang sudah agak lama dan perlu ditambah baik,” katanya.

Sementara itu, Brenndon berjanji menegakkan kedaulatan undang-undang yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan dan negeri, selain akan terus memperjuangkan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

 

“Pejabat Peguam Besar Sabah akan terus berinteraksi dengan semua pihak berkepentingan dan rakyat untuk memastikan semua undang-undang yang ada bukan sahaja sesuai, tetapi praktikal,” katanya.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share