‘Tak perlu lesen, teruskan dengan YouTube, TikTok’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan untuk kekal mendukung prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di media sosial.

-Advertisement-

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya.

“Ini termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Saifuddin berkata, Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] supaya bersesuaian dengan kehendak semasa.

Katanya, ketika Akta 244 diluluskan di Parlimen pada 1981, teknologi pada masa itu berlainan dengan ketika ini.

-Advertisement-

Menegaskan kerajaan tidak berhasrat kebebasan peribadi individu dalam media sosial, beliau berkata, wujud keperluan untuk menambah baik berkenaan.

“Seperti diumumkan pada 20 Jun lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sudah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan kementerian supaya bersesuaian dengan situasi semasa,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan memulakan proses meminda akta berkenaan dalam masa terdekat.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share