HSBC lancar pembukaan akaun digital 24/7 pertama Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: HSBC Malaysia mencapai satu lagi kejayaan dengan menjadi bank pertama di negara ini yang melancarkan perjalanan pembukaan akaun digital dengan mesin layan diri 24/7 bagi proses pengenalan dan pengesahan.

Ketua Negara Kekayaan dan Perbankan Persendiriannya Tara Latini berkata ciri-ciri digital bank sentiasa ditambah baik bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih pengalaman terbaik, bersesuaian dengan gaya hidup mereka.

“Memandangkan pilihan pelanggan terus berkembang, kami terus meningkatkan produk dan perkhidmatan kami bagi memperkukuhkan hubungan dengan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelancaran perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian dan pelancaran DuitNow QR baru-baru ini adalah sebahagian daripada hasrat bank mengenai perbankan masa depan dengan pendekatan bercampur dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan dunia digitalnya yang terbaik.

Pelancaran perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian baharu, yang meminimumkan hubungan fizikal, bertepatan dengan langkah penjarakan sosial yang kini menjadi normal baharu berikutan pandemik COVID-19, kata bank itu.

– BERNAMA 

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares