Padang Dataran Merdeka ditutup 5 bulan mulai 1 Ogos untuk kerja selenggara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Padang di Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Dis depan, bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Twitter rasminya, memaklumkan penutupan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumput dijalankan di padang berkenaan.

Kerja penyelenggaraan dan penggantian rumput dilakukan bagi memastikan kehijauan kawasan berkenaan dikekalkan dan kualiti padang dapat dipertingkatkan, menurut notis pemberitahuan DBKL itu.

Justeru, semua aktiviti tempahan padang di Dataran Merdeka ditutup buat sementara.

– BERNAMA

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares