Watford, Bournemouth berduka, Villa terselamat

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Kapten Watford, Troy Deeney dan bos Bournemouth, Eddie Howe menerima tanggungjawab kerana tersingkir daripada Liga Perdana manakala pengurus Aston Villa, Dean Smith boleh merancang majlis sambutan selepas berjaya mengelak penyingkiran awal pagi tadi.

-Advertisement-

Penalti Deeney tidak cukup untuk menghalang Watford tewas 3-2 kepada Arsenal ketika keputusan Hornets memecat tiga pengurus dalam semusim, termasuk Nigel Pearson berbaki dua perlawanan ternyata memakan diri.

“Inilah gambaran keseluruhan musim kami,” kata Deeney kepada Sky Sports. “Saya akan menjawab di media sosial tetapi realitinya ialah ada yang akan kehilangan kerja kerana kami tidak cukup bagus.

“Secara keseluruhan dari atas hingga bawah akan melalui audit dan penilaian. Bukan hanya kami.

-Advertisement-

“Kami tidak boleh kata kami melakukannya dengan betul kerana kami sudah gagal. Perkara lagi besar ialah kepada penyokong dan orang di kelab kerana mereka akan berada di sini lebih lama berbanding pemain.”

Sementara itu Bournemouth menang 3-1 di Everton tetapi kerosakan sudah berlaku ketika skuad Cherries menamatkan tempoh lima tahun di Liga Perdana.

Penyerang Bournemouth, Callum Wilson (kiri) dihalang pertahanan Everton, Michael Keane pada perlawanan awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Bournemouth, Callum Wilson (kiri) dihalang pertahanan Everton, Michael Keane pada perlawanan awal pagi tadi. – Foto AFP

Howe menegaskan dia bertanggungjawab terhadap penyingkiran Bournemouth berbanding pemain kendaliannya.

“Ia menyakitkan. Saya cuba menyatukannya. Saya sangat sedih bagi keseluruhan penyokong kelab.” – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share