Ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan menugaskan seorang ketua kesihatan bagi setiap 50 jemaah pada musim haji tahun ini.

-Advertisement-

Berdasarkan kenyataan di laman web untuk media sempena haji tahun ini, pihak berkenaan berkata, langkah itu bagi memastikan pematuhan semua langkah bagi menangani COVID-19.

-Advertisement-

Setiap ketua berkenaan bertanggungjawab memastikan semua jemaah dalam kumpulannya mengikuti langkah pencegahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Ia termasuk penjarakan sosial dan aturan pergerakan di kawasan tertentu bertujuan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share