Polis Kedah tubuh 107 pasukan pantau sambutan Aidiladha

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR: Polis Kedah menubuhkan 107 pasukan pemantau ketika Aidiladha, Jumaat ini dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

-Advertisement-

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah, Senior Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata pemantauan di 11 daerah itu untuk memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, seramai 434 anggota polis terbabit, selain dibantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita akan melakukan pemantauan dari rumah ke rumah, tempat penyembelihan korban dan masjid, selain kawasan tumpuan orang ramai untuk memastikan mereka mengamalkan penjarakan sosial.

“Sebelum ini, pasukan pemantau melakukan pemantauan di sekolah, masjid, tempat ibadat, kompleks beli-belah dan pasar raya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.

-Advertisement-

Che Zaimani berkata, sepanjang Aidilfitri, tetamu hanya dibenarkan 20 orang pada satu masa dan penyembelihan tidak boleh melebihi 10 haiwan korban dan ketika penyembelihan dilakukan, hanya 20 orang dibenarkan berada di kawasan itu.

Katanya, kenduri besar-besaran tidak dibenarkan.

“Sekiranya ingkar, mereka boleh dikompaun RM1,000 setiap seorang mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Sejak 10 Jun lalu, kita sudah mengeluarkan kompaun sebanyak 383 dan melakukan pemeriksaan sebanyak 2,321 di sekitar negeri ini,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share