SAH! Lim Guan Eng ditahan SPRM

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 6 Ogos 2020 (The Capital Post) Bekas Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sebentar tadi setelah dipanggil untuk hadir ke Ibupejabat SPRM lewat hari ini. Perkara ini dimaklumkan oleh Pihak SPRM melalui satu kenyataan media.

-Advertisement-

YB Lim Guan Eng yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu ditahan berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion sewaktu menerajui negeri tersebut.Wakil Rakyat tersebut dilihat memasuki perkarangan Ibupejabat SPRM Putrajaya pada 9.10pm tadi dengan kenderaan Mercedez Benz putih.

-Advertisement-

Sebelum ini dilaporkan bahawa Ahli Parliament Bagan tersebut telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya ditahan minggu ini. – The Capital Post

Kenyataan Media SPRM berkaitan penahanan YB Lim Guan Eng pada 6 Ogos 2020
Share this Article
  • 48
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    48
    Shares