Situasi tenang di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Suasana kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang akan menyaksikan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, baru-baru ini, yang dibawa oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), nampak tenang, pagi ini.

-Advertisement-

Anggota polis dilihat mengawal ketat kompleks mahkamah dalam memastikan aspek keselamatan serta langkah pencegahan penularan COVID-19, antaranya pemeriksaan suhu badan, pendaftaran pelawat dan penjarakan fizikal dilakukan.

Bagaimanapun, 33 ADUN diketuai Tan Sri Musa Aman dan penyokong mereka masih belum kelihatan setakat jam 9.00 pagi.

Permohonan difailkan oleh firma guaman FT Ahmad & Co Isnin lepas.

-Advertisement-

Dalam permohonan itu, Musa dan 32 ADUN lain meminta mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran DUN Sabah serta mempersoalkan permintaan bertulis Ketua Menteri Sabah Datuk Seri

Mohd Shafie Apdal kepada Tun Juhar bagi pembubaran berkenaan.

Mohd Shafie pada 30 Julai lepas mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Tun Juhar.

– BERNAMA

Share this Article
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares