Anggota tentera ditahan bersama 30kg ganja

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM, 3 September – Lima termasuk seorang anggota tentera ditahan di Petaling Jaya, Selangor bersama 30 kilogram ganja.

-Advertisement-

Sisatan mendapati sindiket menjadikan Lembah Klang sebagai tempat mengedar bahan terlarang itu.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supritendan Abdul Latiff Abdul Rahman, kegiatan dipatahkan hasil serbuan di Kelana jaya minggu lalu.

Dua kotak mengandungi 30 ketulan mampat disyaki ganja ditemui.

“Dipercayai mereka telah beroperasi selama enam bulan.”

-Advertisement-

“Dadah jenis ganja ini dianggarkan seberat 30 kilogram dan boleh dibekalkan kepada 60,000 penagih ganja dalam masa sehari, dengan mengambil kiraan penggunaan sebanyak 0.5 gram sehari.”

Tiga daripada suspek didapati positif syabu.

Salah seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Semua suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun itu direman tujuh hari.

-RTM

Share this Article
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares