Jabatan Peguam Negara gugur tuduhan ke atas Goldman Sachs, entiti Asia berkait bon 1MDB

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini menggugurkan pertuduhan jenayah terhadap Goldman Sachs dan entitinya di Asia berkaitan 1MDB.

-Advertisement-

Kerajaan mendakwa mereka tertinggal fakta material dalam pengumpulan bon AS$6.5 bilion untuk pembelian loji jana kuasa bebas 1MDB dan projek Tun Razak Exchange serta Bandar Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Daud memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, pertuduhan itu digugurkan dalam sebutan kes pagi ini.

“Pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan yang difailkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan terhadap mereka.”

-Advertisement-

Peguam Hisyam Teh yang mewakili Goldman Sachs dan entiti Asianya, memohon mahkamah memberi perintah lepas dan bebas kepada anak guamnya, yang kemudiannya dipersetujui mahkamah.

Kerajaan dan Goldman Sachs sebelum ini berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan berkaitan pengeluaran bon itu.

Goldman Sachs akan membayar AS$3.9 bilion sebagai penyelesaian kepada kerajaan.

Minggu lalu, AS$2.5 bilion daripada jumlah yang dipersetujui itu dibayar kepada kerajaan dalam akaun eskrow.

-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share