Pencemar tanggung kos pembersihan sungai

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA SELANGOR – Pemilik premis perindustrian yang terlibat dengan pencemaran bau di Sungai Gong akan dikenakan tindakan tegas termasuk menanggung kos pembersihan merawat semula sungai berkenaan.

-Advertisement-

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, kementerian sudah mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk menyita beberapa premis perindustrian yang disyaki melepaskan bahan kimia ke dalam sungai terbabit.

“Sekiranya didapati bersalah, pemilik premis perindustrian berkenaan bertanggungjawab menanggung kos pembersihan untuk merawat semula air sungai yang tercemar.

-Advertisement-

“Buat masa ini, pihak penguatkuasaan sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke mahkamah pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Muka Sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Bestari Jaya di sini hari ini.

-Sinar Harian

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share