Bersatu nafi 70 peratus ahli keluar parti

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan bahawa 70 peratus ahlinya keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

-Advertisement-

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sehingga semalam, beliau dimaklumkan hanya 247 ahli parti itu yang keluar parti.

Malah, Hamzah berkata parti itu menyasarkan keahliannya meningkat kepada satu juta menjelang hujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ’70 peratus ahli Bersatu keluar parti sertai Pejuang’

-Advertisement-

“Daripada parti (jumlahnya) sangat kecil. Seramai 46,000 keahlian kita pada 2017, kemudian naik sikit kepada 54,000 dan hari ini, ahli yang didaftarkan sudah lebih 500,000 di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Bersatu di sini, malam tadi.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bakal presiden Pejuang yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini dilapor berkata kira-kira 70 peratus ahli Bersatu telah meninggalkan parti itu dan bersedia menyertai Pejuang yang ditubuhkan bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.

– Bernama

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares