PM lawat Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengadakan lawatan rasmi ke negeri Sabah hari ini membabitkan beberapa jadual padat sehingga petang nanti.

-Advertisement-

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.55 Pagi di Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu dan di sambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Turut Menyambut ketibaan beliau, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Tan Sri Ronald Kiandee dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Masidi Manjun.

Sejurus tiba, Muhyiddin terus menghadiri perjumpaan bersama pimpinan parti di Sabah yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka.

-Advertisement-

Antara pemimpin yang kelihatan termasuk dari UMNO, Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) termasuk parti Pas.

Pada petang ini, Muhyiddin dijadualkan menghadiri Majlis Perjumpaan bersama warga Institute Pengajian Tinggi Awam Sabah serta Penyampaian Tawaran Program Dermasiswa My Brighter Futere (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Universiti Malaysia Sabah.

Selepas itu beliau dijangka mengadakan program Ramah Mesra bersama Penduduk Setempat di PPR Taman Sri Keramat, Putatan.

-Sinar Harian

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •