Lima lagi kerbau Syukur mati, kandang ditutup elak jangkitan wabak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU – Kandang kerbau peliharaan Muhammad Syukur Khamis,15, atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ di Kampung Banggol Katong, Serada di sini ditutup kepada orang ramai bagi mengelak penularan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah ke kawasan lain.

-Advertisement-

Hari ini lima lagi kerbau peliharaan Muhammad Syukur mati menjadikan keseluruhan ternakan yang mati sebanyak 41 ekor.

Penutupan pintu masuk ke kawasan kandang itu dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu di kawasan berkenaan sekitar jam 10.30 pagi tadi.

-Advertisement-

Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, tindakan itu dilakukan di bawah Akta Binatang 1953 (Akta 647) Kawalan Penyakit bagi mengehadkan kemasukan orang awam ke kawasan kandang seterusnya mengelakkan penularan wabak.

“Kita harap dengan langkah ini dapat mengelakkan orang ramai daripada berkunjung ke kawasan ini seterusnya dapat memastikan keselamatan awam terjamin dan wabak hawar berdarah ini tidak merebak ke kawasan lain.

-SINAR HARIAN

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •