MUDA akan didaftar hari ini – Syed Saddiq

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mendaftar parti politik baharunya dikenali sebagai MUDA dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), hari ini.

-Advertisement-

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengumumkan perkara berkenaan melalui saluran radio 89.9, Breakfast Grille BFM, pagi tadi.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), menggunakan tanda pagar #MUDAsudahMULA sempena Hari Malaysia, sekali gus menimbulkan spekulasi daripada penyokongnya.

-Advertisement-

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar terbabit pernah memberi bayangan akan menubuhkan parti membabitkan penyertaan pelbagai bangsa tetapi memberikan keutamaan kepada orang muda bagi memastikan suara dan kebimbangan golongan itu didengari.

Rentetan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti berasaskan orang muda yang digerakkan Syed Saddiq tidak akan berjaya.

-BERITA HARIAN

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share