PM beri jaminan sokong Ketua Menteri Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEAUFORT – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GBS) berjaya membentuk kerajaan pada 26 September nanti.

-Advertisement-

Katanya, kemenangan GBS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) penting dalam usaha kerajaan memajukan Sabah terutama ketika negara dan dunia sedang menghadapi wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata akan turut memberi sokongan penuh kepada mereka yang dilantik sebagai ketua menteri.

“Ini penting supaya Sabah maju dan membangun terutama ketika menghadapi wabak Covid-19,” katanya ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Dataran Bagandang di sini, hari ini.

-Advertisement-

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Muhyiddin tetap sahabat baik saya’

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan dapat mengurus masalah ekonomi sendirian ketika berhadapan dengan wabak Covid-19.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya mempertimbangkan untuk memilih GBS mentadbir kerajaan Sabah.

-Sinar Harian

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •