Sabah perlukan kerajaan yang boleh bergerak bantu rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA MARUDU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Sabah perlukan sebuah kerajaan yang boleh bergerak membantu meringankan beban rakyat yang kini terkesan dengan pandemik COVID-19.

-Advertisement-

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat Sabah perlu memilih kerajaan yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) yang sudah terbukti berkeupayaan membantu rakyat ketika negara berdepan dengan masalah akibat penularan COVID-19.

“Ekonomi Sabah perlu cepat dipulihkan. Saya tidak mengatakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak bagi apa-apa, namun ia tidak cukup kerana tiada kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon PN bagi kerusi Bandau Datuk Wetrom Bahanda.

Rakyat Sabah akan mengundi pada 26 September ini manakala pengundian awal pada 22 September.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share