Bekas MB Terengganu meninggal dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU – Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre (PCMC) selepas dimasukkan ke situ Sabtu lalu akibat masalah jantung.

-Advertisement-

Anaknya, Wan Hakim Wan Mokhtar berkata, jenazah bapanya dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Jelutong dan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

“Allahyarham baru sahaja dimasukkan ke PCMC Sabtu lalu kerana keadaan jantungnya yang lemah.

“Jenazahnya akan dikebumikan selepas solat zohor di Shah Alam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Berita kematian Allahyarham turut dikongsi Wan Hakim menerusi status yang dimuat naik di laman sosialnya sebentar tadi.

-Advertisement-

Menerusi status yang dimuat naik beliau turut memohon doa daripada semua agar dipermudahkan urusan Allahyarham.

“Mohon doakan keampunan ALLAH pada beliau, dipermudahkan perjalanan di alam barzakh dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar merupakan merupakan bekas menteri besar paling lama menyandang jawatan itu iaitu selama 25 tahun bermula 1 September 1974 hingga 29 November 1999.

-SINAR HARIAN

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares