Melayu terguris portal SPRM dalam Bahasa Mandarin

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu dan bumiputera terguris dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menggunakan bahasa Mandarin pada portal rasminya.

-Advertisement-

Ketua Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hassan Abdul Latif mendakwa, tindakan SPRM itu mengecewakan kerana dilakukan oleh agensi kerajaan yang dipandang tinggi dan dihormati.

Menurutnya, SPRM dilihat seakan memandang rendah terhadap isu bahasa.

“Majoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan sudah mendiami tanah bertuah ini sekian lama,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Henti salahkan SPRM wujudkan portal bahasa Mandarin

Armada tidak setuju SPRM guna bahasa Mandarin
Beliau berkata, tindakan itu juga akan mengganggu-gugat kedudukan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi kerajaan pada masa hadapan.

-Advertisement-

“Tidak mustahil akan ada bangsa lain yang menuntut hak supaya kerajaan menggunakan bahasa ibunda mereka dalam urusan kerajaan,” katanya.

Nasrul mendakwa, penggunaan bahasa Mandarin pada portal rasmi SPRM telah melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan menyatakan bahawa urusan rasmi digunakan dalam urusan kerajaan adalah Bahasa Melayu.

“Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu,” katanya yang menghantar bantahan itu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki,” katanya.

Putra turut mendesak SPRM memadam, menurunkan dan membuang sepenuhnya bahagian yang mempamer bahasa Mandarin di portal rasmi suruhanjaya itu serta-merta.

Ditanya apakah Putra akan membawa isu tersebut ke mahkamah, beliau berkata, ia bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

Jumaat lalu, SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

-SINAR HARIAN

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares