Turun bendera di premis awam, persendirian

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meminta pemilik premis awam dan persendirian di bandar raya ini untuk menurunkan bendera Johor dan Jalur Gemilang.

-Advertisement-

MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu selaras dengan arahan kerajaan negeri menerusi Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil 2 Tahun 2018 Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-daerah Johor.

-Advertisement-

“Semua bendera yang dinaikkan dan dikibarkan untuk menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia hendaklah dinaikkan dua minggu sebelum 31 Ogos dan diturunkan pada 17 September setiap tahun.

“Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu memastikan bahawa bendera Johor dan Jalur Gemilang dapat diturunkan dan disimpan dengan sebaiknya serta memastikan tiada bendera yang lusuh, koyak mahupun rosak dibiarkan di premis masing-masing,” jelas kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

-SINAR HARIAN

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share