Lepasan sekolah Sarawak dipelawa sambung pengajian di PMU

Estimate Reading Time: < 1 minute

SIBU, 25 Sept — Para lepasan sekolah menengah di Sarawak dipelawa melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Politeknik Mukah (PMU), kira-kira 170 kilometer dari sini.

-Advertisement-

Pengarah PMU Dullah Muluk berkata sembilan jurusan pengajian ditawarkan di PMU bagi sesi Disember tahun ini yang akan dibuka pada 16 Okt depan.

“Pelajar boleh memohon secara dalam talian di laman sesawang http://ambilan.mypolycc.edu.my.

-Advertisement-

“Bidang pengajian yang ditawarkan ialah kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat, yang mana sebanyak 560 tempat diperuntukkan dan tempoh pengajian ialah selama tiga tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PMU di sini, malam tadi.

Menurutnya program-program yang ditawarkan itu mencatatkan kadar kebolehpasaran kerja lebih 94 peratus pada 2019.

“Jurusan kejuruteraan merupakan jurusan paling mendapat sambutan,” katanya. -BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share