Hajiji dipanggil bertemu Yang di-Pertua Negeri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor hadir ke Istana Negeri untuk bertemu Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin, petang ini.

-Advertisement-

Hajiji yang lengkap bersut coklat cair dan bersongkok tiba di pekarangan Istana Negeri kira-kira 4 petang tadi.

-Advertisement-

Ketika ditanya tujuannya ke istana, Hajiji hanya menjawab dengan ringkas “saya dipanggil”.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menamakan Hajiji sebagai calon ketua menteri yang baharu

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media oleh pemimpin GRS yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin di Kota Kinabalu, hari ini. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share