Kes denggi Negeri Sembilan meningkat 36.5 peratus

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN, 15 Okt — Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 36.5 peratus dalam tempoh Januari hingga 10 Okt lepas kepada 2,550 kes berbanding 1,868 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

-Advertisement-

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata Seremban merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,200 kes, diikuti Port Dickson (82), Tampin (76), Jempol (66), Rembau (65), Jelebu (38) dan Kuala Pilah (23).

“Untuk minggu ke-41 iaitu dari 4 Okt hingga 10 Okt, sebanyak 40 kes direkodkan di seluruh negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Veerapan berkata tiada kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu itu menjadikan jumlah kes kematian kekal lapan orang atau 0.3 peratus daripada keseluruhan kes setakat ini.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mengesan 12 lokaliti masih aktif dan kesemuanya di Seremban.

“Memandangkan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), gotong-royong kendiri digalakkan di kawasan rumah masing-masing di samping menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan,” katanya. – BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share