Lebih 153,441 tan metrik sisa plastik diimport melalui NCBT

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN, 15 Okt — Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu sebanyak 153,441.26 tan metrik sisa plastik diimport melalui Pelabuhan Pulau Pinang di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) bagi tempoh 1 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2020.

-Advertisement-

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata jumlah itu diimport oleh 22 kilang merangkumi 13 di Pulau Pinang dan bakinya di luar negeri tersebut.

-Advertisement-

“Bagi kilang di Pulau Pinang sahaja, jumlah pengimportan sisa plastik ialah 95,136.93 tan metrik dan baki iaitu 58,304.33 tan metrik melibatkan kilang dari luar Pulau Pinang,” katanya semasa menjawab soalan lisan H’ng Mooi Lye (PH-Jawi) di sini.

Phee berkata jabatan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen import (AP) sisa pepejal plastik H.S. Kod 39.15 ialah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. -BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share